Tuesday, February 15, 2011

Semua Tahu Berfikir Kan???


Kita tahu jika kita buat ini,kita akan dapat ini.... Jika kita buat itu,kita akan dapat itu...

Jika da mampu berfikir,kenapa nak pilih jalan yang menyakitkan diri sendiri?

1)Kita tahu pujian itu mampu mendatangkan riak.. Dengan itu,kita marah-marah orang lain kerana memuji kita. Itu hak mereka,kerana manusia suka memuji sesuatu yang indah..dan mudah mencela sesuatu yang nampak tercela.. Jika kita tahu dengan pujian kita jadi riak,maka banyak-banyak ingatkan diri bahawa nikmat itu adalah dari Allah.... say Alhamdulillah,thank you Allah... mudah kan?

2)Kita tahu kritikan itu ada yang membina dan ada yang menjatuhkan... Namun,jika kita dah tahu ianya akan menjatuhkan kita.. Jadi,kenapa nak ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang akan menjatuhkan kita.. Berfikirlah secara optimis, Apa salahnya kita ambil itu semua sebagai satu semangat baru? Tak semua orang mampu jaga hati kita kerana kita pun tak mampu buat kat orang lain camtuh...

3)Kita tahu,di saat kita naik... ramai orang suka kita... di saat kita jatuh... mungkin kurang pengaruh kita..Kita sendiri tahu,hidup ini bagaikan roda..kadang-kadang di atas,kadang-kadang di bawah. Kita kena ingat,kita tak boleh nak suruh orang lain untuk menyayangi atau menghargai setiap apa yang kita buat. Contohnya,jika kita seorang yang agak berjasa untuk negara,satu masa kita gagal membawa kejayaan untuk negara. Sebaliknya ada rakan kita mampu mengharumkan nama negara,sudah tentulah perhatian akan ditumpu lebih terhadap dia? Jadi,banyak-banyak ingatkan diri bahawa semua ini hanyalah ujian dari Allah.

4)Kita tahu,jika kita dapat sesuatu dengan mudah kita akan kurang menghargai atau tak hargai langsung.. Kita lebih sukakan sesuatu atas titik peluh sendiri.. Bukankah apa yang kita dapat itu sesuatu dari Allah? Maka belajarlah untuk bersyukur nescaya kita akan hargai semua yang kita dapat sama ada mudah atau susah. Jika tidak kamu akan cenderung untuk menyukai apa yang Allah berikan kepada orang lain kerana kamu berpendapat apa yang mereka ada itu jauh lebih baik. takkan nak tunggu merasa kehilangan baru nak hargai... So,be grateful...

5)Kita tahu semua yang berlaku adalah takdir Allah.. Jadi mengapa nak mengeluh di saat tak dapat apa yang kita nak atau apa yang berlaku tak seperti apa yang kita sangkakan? Terlalu banyak merungut akan mengurangkan iman dan buat kita makin jauh dengan Allah.. Yakinlah setiap apa yang berlaku adalah kerana perancangan Allah...

Harap2 ianya dapat membuka minda kita semua..

Tuesday, February 8, 2011

Air Mata...


Dingin subuh seakan-akan menggigit hingga ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana.

Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang.

Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, "Allahuakbar." Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. "Alhamdullilah," bisikku.

Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.

[I]"Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin".[/I]

Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Hmm, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.

Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman matrix. Di sana aku ada kawan. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki Allah, aku di tawarkan belajar di universiti. Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan lalai kan? Kini sudah 3 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini? Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali kuteguk minuman syaitan sepanjang di sini. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah ku menyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk dan tidak juga panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal. Aku gagal. Aku gagal menangis!

Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. "[B]Hati manusia ibarat besi[/B]. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya".

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu.Aku terus bersujud dan memohon doa...